Tarian Yahudi
Tarian Yahudi

Tarian Yahudi

Tarian Yahudi merujuk kepada tarian yang dikaitkan dengan orang Yahudi dan agama Yahudi. Tarian tersebut telah lama digunakan oleh orang Yahudi sebagai suatu bahantara untuk mengungkapkan rasa gembira dan perasaan bersama yang lain. Tarian merupakan kegiatan masa lapang kegemaran dan memainkan peranan dalam perayaan agama.[1]Tarian yang dikaitkan dengan tradisi Ashkenazi dan Sephardi, terutamanya tarian perkahwinan Yahudi, ialah bahagian penting kehidupan Yahudi di Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Tarian rakyat yang dikaitkan dengan Zionisme dan pembentukan Negara Israel menjadi popular pada 1950-an.[2]